ASSALAMUALIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI PASUKAN KOMPANG SEKOLAH KEBANGSAAN CYBERJAYA
PENGENALAN

Permainan kompang merupakan salah satu seni tradisional Melayu yang telah diwarisi dari zaman ke zaman.Sejarah permainan kompang berasal dari tanah arab dan ia dikenali sebagai ‘ Ad –dufuf ’ dalam bahasa arab. Keseniannya ini mula masuk ke tanah melayu bermula daripada kedatangan agama islam ke Nusantara. Permainannya juga dianjurkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dalam sabda baginda mafhumnya :
"Hendaklah kamu mengiklankan nikah dan lakukanlah 'aqad di masjid serta palulah dufuf"
Guru-guru pelatih daripada IPGM Kampus Pendidikan Islam seramai 2 orang yang menjalani praktium selama 4 minggu di SK Cyberjaya bercadang untuk menjalankan projek praktikum mereka dengan mewujudkan satu kumpulan kompang sekolah, SK Cyberjaya.
Penubuhan pasukan kompang sekolah ini adalah dibawah penyeliaan dan pemantauan dari Guru Penyelaras j-QAF dan guru pembimbing praktikum SK Cyberjaya. Pasukan Kompang Sekolah ini juga adalah dibawah penilaian Panitia Pendidikan Islam dan Guru-Guru j-QAF SK Cyberjaya.







MATLAMAT

• Mengekalkan warisan seni budaya tradisional Melayu di kalangan murid-murid
• Mengangkat martabat seni warisan Melayu yang amat bernilai
• Memberi kemahiran kepada murid-murid dalam menguasai teknik paluan kompang Melayu
• Menggalakkan penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum sekolah
• Mendedahkan murid-murid dengan lagu-lagu selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai iringan kepada paluan kompang dan menanamkan semangat sayangkan nabi S.A.W
• Memberi pendedahan asas kepada murid-murid untuk persediaan menghadapi pertandingan kompang selawat KPM
• Menyediakan pasukan kompang sekolah untuk menyerikan lagi program-program dan majlis-majlis rasmi di SK Cyberjaya







CARTA ORGANISASI



Pengerusi
En Ab.Razak Bin Abdul Hamid PJK

Timb. Pengerusi
Puan Siti Zaharah Bin Muhd Mukhtar
En. Zarzaie Bin Dayat
Puan Ruzilah Binti Hj.Salleh

Penasihat
Siti Aishah Binti Zainal

Guru Praktikum I (Jurulatih I)
Mohd Zaidi Bin Mohd Nawawi

Guru Praktikum II (Jurulatih II)
Muhammad Syakir Bin Hashim

Ketua Pasukan
Naief Iman B. Eleshmansor

Penolong Ketua Pasukan
Muhd Al-Uzair Bin Mohamed

Setiausaha Pasukan
Muhd Farhan Shami Bin Abdullah

Bendahari
Muhammad Raziff Bin Akbal




SENARAI NAMA AHLI PASUKAN KOMPANG


1. Syeith Bielal Aurengleb Bin Zainal Abidin 4B
2. Muhd Alif Afizie B. Sahabuddin 4E
3. Arief Zulkarnain Bin Zain 4E
4. Muhd Haeqal Bin Abdul Syukor 4E
5. Ahmad Haikal Bin Buyong 4E
6. Muhd Danish Haikal Bin Amru Najmi 4B
7. Nuqman Hadeef Bin Rosli 4B
8. Syed Anuar Haqeem B. Syed Azhar 4B
9. Muhd Akmal Bin Zainuddin 4E
10. Muhd Al-Uzair Bin Mohamed 4B
11. Huzaifah Bin Dawud 4Y
12. Muhd Ezamuddin Bin Azhani 4Y
13. Muhd Affan Bin Samsul Anuar 4C
14. Naief Iman B. Eleshmansor 4C
15. Muhd Farhan Shami Bin Abdullah 4C
16. Muhammad Raziff Bin Akbal 4C
17. Mohammad Luqman Hakim Bin Abd. Rahim 4C
18. Niq Hafizi Bin Kamarulzaman 4Y
19. Wan Jun Aidi Bin Ahmad Johari 4Y
20. Muhammad Adam Naqiuddin Bin Azman 4Y





Penubuan kumpulan perarakan kompang ini adalah dengan tujuan yang murni. Diharapkan, segala perancangan dan aktiviti pasukan ini mendapat persetujuan daripada pihak pengurusan sekolah. Moga-moga segala perancangan yang telah kita rancangkan mencapai matlamatnya dan memberikan manfaat kepada pihak sekolah.

No Response to " "

Post a Comment

ASSALAMUALIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI PASUKAN KOMPANG SEKOLAH KEBANGSAAN CYBERJAYA